Raudatul Maghfirah

Raudatul

Maghfirah

Mencari Redha Ya Quddus Ya Jalil

Kuliyyah
Tawajjuh
Selawat
Zikir

Mari Bersama Mencari Keredhaan Allah

“Barangsiapa yang mencari redha Allah sekalipun memperolehi kemurkaan manusia, maka Allah akan cukupkan kebergantungannya terhadap manusia. Barangsiapa yang mencari redha manusia sekalipun memperolehi kemurkaan Allah, maka Allah akan serahkannya kepada manusia.”

Hadith Riwayat al-Tirmizi

Tahun Operasi
0
Bengkel & Tazkirah
0
Thn Pengalaman
0
Pengajian Asmaul Husna

Mengenal sifat-sifat Allah melalui Asma-Nya

Infaq Gelandangan

Memasak dan mengedar makanan untuk gelandangan

Selawat & Zikir

Majlis selawat dan zikir serta tawajjuh kepada Allah

Khidmat Rundingan

Khidmat nasihat dan rundingan korporat serta persendirian

5 Misi & Visi Raudatul Maghfirah

Raudatul Maghfirah mendukung 5 visi dan misi dalam setiap operasi dan gerak kerja tanpa mengira habuan dunia semata-mata, sebaliknya hanya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Dan setiap hasil kerja kami adalah untuk menunjukkan betapa agungnya sifat Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir.

Menyebarkan

Kasih Sayang Allah

Menyemarakkan

Cinta Rasul

Membawa

Penyucian Hati

Menyantuni

Gelandangan & Asnaf

Menterjemahkan

Hasil Ya Musawwir

Dapatkan Buku Himpunan Selawat & Zikir - Mahabbah Rasul Terbaru Kami

Beli Naskah Mahabbah Rasul

Core Bisnes Kami

Di Raudatul Maghfirah, kami bergerak dengan 5 jenis teras atau core business.

Kerja Kebajikan
Rumah Maghfirah
Servis & Perundingan
Terbitan
Aplikasi Islam iOS & Android

Kenali Ustazah Hariati Yusoff

Ibu Hariati Yusoff merupakan pengasas Raudatul Maghfirah. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan, pelaburan dan pemasaran sehingga beliau merasakan bahawa hidup ini hanya akan sempurna jika beliau membantu manusia kembali mengenal Allah dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan dengan niat Lillahi Taála.

Beliau juga mendapat watikah perlantikan untuk menyampaikan ceramah motivasi Asma Al-Husna di seluruh Kelantan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bermula Julai 2020.

Jom Bersama Sebarkan Kasih Sayang Allah

Anda dijemput untuk bersama-sama menyebarkan kasih sayang Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud dengan menyumbang untuk kerja-kerja kebajikan dan dakwah Fi Sabilillah Raudatul Maghfirah. Berikut adalah antara kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pihak kami atas sumbangan ikhlas penderma.

Sambutan Mahabbah Rasul Bersama Anak Yatim & Asnaf

Infaq Dakwah

Hulurkan bantuan anda kepada kami untuk kelangsungan kerja-kerja dakwah dan fisabilillah Raudatul Maghfirah.

Infaq Makanan

Hulurkan bantuan anda untuk pegedaran makanan untuk gelandangan, fakir dan asnaf serta frontliner dari semasa ke semasa.

Infaq Buku & Kitab

Kami mengedarkan buku Asma ul-Husna, al-Quran dan kitab-kitab kepada saudara baru, madrasah dan pusat tahfiz.

Infaq Keperluan Asas

Kami menyalurkan bantuan infaq keperluan asas dapur untuk golongan asnaf, ibu tunggal mahupun pusat tahfiz dan madrasah.

Bantuan Bencana

Kami turut berada di lokasi bencana untuk memberikan bantuan kepada mangsa dari semasa ke semasa dengan kudrat yang kami miliki.

Infaq Ziarah

Hulurkan bantuan untuk warga emas dan asnaf dan sahabat baru yang berbentuk keperluan harian, dan sebagainya.

Muat Turun Aplikasi Yang Dibangunkan Kami

Berikut adalah aplikasi dakwah dan ibadah yang telah dibangunkan oleh pihak kami. Semoga anda mendapat kebaikan menggunakan aplikasi kami.

Aplikasi Manzil Ayat 33

Manzil Amalan Ayat 33

Aplikasi panduan amalan Ayat Manzil atau Ayat 33

Aplikasi Yaasin dan Tahlil

Yaasin & Tahlil

Aplikasi teks bacaan, audio dan panduan lengkap Yaasin & Tahlil serta Doa Arwah.

Aplikasi Solat Jenazah

Solat Jenazah

Panduan Solat Jenazah Lelaki dan Wanita serta Kanak-Kanak.

Aplikasi al Mathurat

Al Mathurat

Aplikasi teks bacaan, audio dan panduan lengkap Al Mathurat Kubro & Sughro.

Aplikasi Selawat Tafrijiyyah

Selawat Tafrijiyah

Amalan selawat untuk melancarkan rezeki dan menunaikan segala hajat.

Ingin Menghebahkan Mahabbah Rasul?

Jemput kami untuk menyemarakkan Selawat Baginda Rasul S.A.W. dan Zikir MengAgungkan Allah berserta dengan tazkirah penyucian hati.